.

Selamat Datang

SELAMAT DATANG KE BLOG SMK ADE PUTRA.... KUNJUNGAN ANDA KE BLOG INI SANGAT DIALU-ALUKAN....

Aluan



TUAN HAJI MD YAZED BIN YATIM
PENGETUA SMK ADE PUTRA


Kata-Kata Aluan

Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh
Saya memanjatkan setinggi kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat dan inayahNya dapat saya mencoretkan sepatah dua kata untuk ruangan ini disamping kita dapat bersama-sama menempuh alaf baru(abad 21) dengan penuh sabar, tenang dan cekal.
Kesabaran dan kecekalan di samping mempunyai sikap tanggungjawab dan amanah adalah faktor terpenting untuk mencapai hasrat yang dicita-citakan, selain sedia menghadapi segala cabaran yang mendatang.Maka dengan semangat ini, saya berharap kita sebagai kakitangan akademik dan staf sokongan yang merupakan anggota keluarga SMK Ade Putra perlu merealisasikan semua perancangan, program dan matlamat yang disasarkan untuk perancangan masa pendek dan panjang / 'blueprint' sekolah khasnya dan KPM, JPM,PPD amnya untuk memartabatkan wawasan Pendidikan Kebangsaan ke taraf pendidikan dunia.Dengan itu, semangat bekerja dengan ikhlas, gigih dan tanpa jemu sebagai satu pasukan perlu diteruskan.
Saya berharap kita juga akan terus meningkat imej dan prestasi akademik, kokurikulum serta sahsiah pelajar-pelajar selain menjaga dan mengekal nama baik sekolah dalam semua aspek menerusi program dan aktiviti yang membina dan positif.
Pihak sekolah akan sentiasa menerima teguran,bimbingan,sokongan dan kerjasama daripada pihak JPM, PPD, PIBG, Agensi / Badan Luar dan pemimpin masyarakat setempat untuk meningkatkan lagi watak sekolah ini ke tahap yang lebih membanggakan.
Seiring dengan kecanggihan sains dan teknologi, kerajaan seringkali mewar-warkan tentang betapa pentingnya celik ICT di kalangan rakyat Malaysia. Negara Malaysia yang pesat membangun memerlukan rakyat yang sentiasa peka dan tahu mengendalikan teknologi maklumat dengan berkesan. Justeru itu, sebagai menyahut seruan kerajaan, SMKAP turut mengambil langkah pertama dengan membina laman web untuk memberikan informasi yang terkini. Semoga pembinaan laman web ini akan memberikan manfaat kepada semua pihak.
Oleh itu, sama-samalah kita curahkan sepenuhnya jasa bakti kita untuk anak bangsa, negara dan agama.semoga segala usaha kita akan mendapat keredhaan, keberkatan Allah menerusi petunjukNya.
Sekian, terima kasih,

Berkhidmat Untuk Negara.

Pengetua SMK Ade Putra
TUAN HAJI MD YAZED BIN YATIM