INFO TERKINI

GURU BERTUGAS MINGGU 28 ENCIK MOHD FAIZAL BIN OMAR ,PUAN NORFAIZAH BINTI ZAKARIN ,ENCIK MD ISA BIN OTHMAN ,CIK MASTURA BINTI AHMAD ,PUAN NURUL FAREHAH HANIM BINTI ALI

16 Julai 2020

36.9% Pelajar Tidak Mempunyai Akses Ke Peranti Untuk Ikuti Pembelajaran Atas-Talian

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan sejak 18 Mac 2020 yang lepas, salah satu perkara yang telah menjadi norma baharu dalam pembelajaran adalah penggunaan peranti dan mengikuti pembelajaran dan pengajaran secara atas-talian.

Melalui kajian yang dilakukan sehingga April 2020 lepas, melibatkan lebih 670,000 ibu bapa kepada pelajar, ia didapati sekitar 36.9% pelajar tidak mempunyai peranti untuk mengikuti pembelajaran secara atas-talian.

Perkara ini sekaligus menyukarkan lagi proses pembelajaran dan pengajaran dilakukan secara atas-talian.

Sekitar 6% pelajar dilihat mempunyai komputer peribadi, 5.76% mempunyai tablet, 9% mempunyai komputer riba, dan 46% mempunyai telefon riba.

Selain daripada masalah untuk akses peranti, terdapat kekangan lain yang turut memberikan kesan terhadap pembelajaran secara atas-talian – terutamanya akses internet itu tersendiri.

Tiada ulasan:

Catat Komen