INFO TERKINI

Perjumpaan Mentor-mente akan diadakan pada 7 November 2020 jam 8.00-8.30 pagi

05 Mac 2020

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25)

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti.



Mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025

TS25 adalah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui :
  1. Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan.
  2. Disokong kepimpinan yang berkualiti dan berwawasan.
  3. Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi.
  4. Komitmen komuniti yang padu.
OBJEKTIF
PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)


  1. Mengaplikasi konsep dan AMALAN PdPc TERBAIK.
  2. MEMBANGUNKAN KEPAKARAN DALAMAN melalui latihan yang komprehensif dan berstruktur kepada pembimbing pedagogi serta pembimbing kepimpinan.
  3. Membangunkan PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG BERKESAN dengan mengutamakan kemenjadian murid.

    MATLAMAT
    PROGRAM TRANSFORMASI SEKOLAH 2025 (TS25)


    Berdasarkan kepada tiga objektif Program Transformasi Sekolah, maka KPM telah menetapkan tiga matlamat utama yang perlu dicapai oleh semua sekolah-sekolah di Malaysia pada tahun 2025, iaitu ;
    1. Memantapkan kepimpinan sekolah.
    2. Memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc).
    3. Mengukuhkan pelibatan ibubapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid.

                                                      KONSEP TS25


    JAWATANKUASA INDUK TS25


     PERANAN RAKAN ELIT TS25



    STRATEGI PELAKSANAAN TS25








    Tiada ulasan:

    Catat Komen