8 April Hingga 12 April
Minggu Hal Ehwal Murid adalah program yang dianjurkan agar jawatankuasa yang terletak di bawah Hal Ehwal Murid dapat menjalankan program masing-masing sepanjang satu minggu aktiviti dijalankan. Program yang wajib dijalankan oleh jawatan kuasa merangkumi Unit Disiplin, Unit Kaunseling, Program 3 K iaitu kebersihan, keceriaan, keselamatan dan Kesihatan serta Program Pendidikan Pencegahan Dadah. Program yang dirancang ini diharap dapat memupuk nilai murni dan sahsiah diri yang terpuji dalam kalangan pelajar seperti berakhlak mulia, menghormati orang lain dan menjauhi perkara-perkara yang negatif. Sahsiah diri yang positif menjadi benteng pertahanan agar unsur-unsur negatif tidak meresap dalam diri pelajar seterusnya merosakkan masa depan pelajar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan