.

INFO TERKINI

Acara Akhir Sebelum Sukan akan diadakan pada 9 hingga 11 Mac 2020 bermula pukul 3 dan dijangka tamat pada pukul 4.30 petang. ** Kejohanan Balapan dan Padang SMK Ade Putra Kali ke-26 Akan Berlangsung Pada 12 Mac 2020 (KHAMIS) Bermula Jam 3.00 Petang

05 November 2018

SMK Ade Putra Perlu Derma Besarkan Surau


Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ade Putra  memerlukan sumbangan orang ramai untuk menyiapkan projek membesarkan surau di sekolah berkenaan.

Pihak sekolah sedang menggerakkan usaha untuk mengumpul dana bagi tujuan berkenaan tetapi masih memerlukan dana untuk menyiapkannya.

Surau berkenaan perlu dibesarkan bukan sahaja untuk memudahkan pelajar Islam dan guru menunaikan solat tetapi bagi menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan keagamaan termasuk membudayakan pembacaan al-Quran selain dijadikan sebagai pusat kegiatan ibadat.

"Namun, kami masih menghadapi kekurangan dana dan berharap masyarakat dapat menghulurkan sumbangan untuk menyiapkan projek tersebut,"

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi pihak sekolah di talian 063841200 atau berkunjung sendiri ke sekolah berkenaan untuk maklumat lanjut.

Semoga sumbangan yang diberikan dan aktiviti yang akan dijalankan mendapat ganjaran setimpal dari Allah SWT.

Sebarang sumbangan juga boleh disalurkan melalui Akaun Maybank di atas nama akaun :

TABUNG PEMBANGUNAN SMK ADE PUTRA

( 554101508574 )


1 ulasan:

  1. Rindunya smk ade putra😭by mhd iman zulhaki 1rk 2017

    BalasPadam