.

Selamat Datang

SELAMAT DATANG KE BLOG SMK ADE PUTRA.... KUNJUNGAN ANDA KE BLOG INI SANGAT DIALU-ALUKAN....

16 November 2018

KEM SMART SOLAT FOR SMART STUDENTS 2018


Solat merupakan asas utama membentuk peribadi seorang muslim yang sejati. Tanpa solat yang didirikan dengan sempurna seseorang muslim itu tidak akan dapat menjadi muslim yang sempurna dan diredhai Allah SWT . Dengan kesedaran betapa pentingnya solat dilaksanakan dengan  mengikut rukun dan syarat-syaratnya dengan tertib dan penuh khusyuk maka Panitia Pendidikan Islam SMK Ade Putra berhasrat untuk memberikan pendedahan menyeluruh secara teori dan amali   mengikut syariat  seperti mana yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Pendedahan akan dilaksanakan dalam satu program yang dinamakan KEM SMART SOLAT FOR SMART STUDENTS  2018 yang akan dilaksanakan pada 16 November 2018  di surau Ar Rahmaniah SMKAP . Kem ini akan  dilaksanakan secara kolaborasi dengan  Kolej Matrikulasi Melaka ( KMM) bermula jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengahari.


Memberi pengetahuan dan pendedahan kepada murid tentang cara-cara melaksanakan solat dengan sempurna mengikut syariat seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW. 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan