.

Selamat Datang

SELAMAT DATANG KE BLOG SMK ADE PUTRA.... KUNJUNGAN ANDA KE BLOG INI SANGAT DIALU-ALUKAN....

14 April 2018

SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ PERINGKAT SEKOLAH 2018

Program sambutan Israk Mikraj adalah satu usaha membimbing dan mendidik murid supaya menjadi insan yang berilmu, beriman, berketerampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia serta mengamalkan nilai-nilai murni berdasarkan Al Quran dan An Sunnah supaya menjadi hamba dan khalifah Allah yang bertakwa dan menyumbang kearah mempertingkatkan tamadun bangsa dan Negara. Melalui program ini murid dapat mengambil pengajaran daripada Peristiwa Israk dan Mikraj, yang mana peristiwa ini berlaku terhadap Nabi Junjungan kita Nabi Muhammad SAW, dan menjadikan Rasulullah sebagai model dan rujukan utama untuk dicontohi sifat ketabahan dari segi menangani krisis dan cabaran dalam menyampaikan risalah Islam. Diharapkan agar program ini akan menjadi acara tahunan sekolah dan dapat ditambah baik pada tahun- tahun yang akan datang

Sambutan peringkat sekolah SMK Ade Putra telah diadakan pada 13 April 2018 bertempat di dewan SMK Ade Putra.Majlis dimulakan dengan perhimpunan di dewan. Majlis diteruskan dengan bacaan surah Al Kahfi beramai-ramai diketuai oleh Hanis Sofia dengan pengawasan ustaz Abdullah bin Abd Wahab. Sambutan Israk Mikraj diteruskan dengan acara kemuncak iaitu majlis ceramah Israk Mikraj Oleh Prof Madya Dr Hj S. Salahudin Bin Hj Suyurno, Ketua Pusat Pengajian Islam Kotentemporari UITM Alor Gajah. Majlis berakhir pada jam 8.30 pagi

1 ulasan: