.

Selamat Datang

SELAMAT DATANG KE BLOG SMK ADE PUTRA.... KUNJUNGAN ANDA KE BLOG INI SANGAT DIALU-ALUKAN....

10 Disember 2017

Dewan Terbuka


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kepada semua ibubapa/Penjaga/Syarikat/Agensi/Badan-Badan Korporat dan hamba Allah yang budiman,

Sekolah Menengah Kebangsaan Ade Putra atau nama ringkasnya SMK Ade Putra, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Masjid Tanah.


Kini  SMK Ade Putra mempunyai seramai 23 guru lelaki dan 42 orang guru perempuan serta 7 orang staf sokongan lelaki dan 9 orang staf sokongan perempun.2017


Kini setakat bulan Julai 2017, SMK Ade Putra mempunyai seramai 312 pelajar lelaki dan 293 pelajar perempuan. Terdapat 5 buah kelas tingkatan 1, 2 dan 3 serta 2 kelas Program Vokasional Menengah Atas (PVMA) dalam bidang penyediaan makanan. Selain itu, terdapat juga kelas Integrasi Kelas Khas Pembelajaran (Masalah Pembelajaran).



Selaras dengan pertambahan jumlah penduduk dan aktiviti kemasyarakatan serta aktiviti menyeluruh para pelajar, maka pihak sekolah dengan kerjasama PIBG ingin  membina dewan terbuka di tapak perhimpunan supaya pelajar SMK Ade Putra tidak lagi terdedah kepada cuaca panas atau hujan ketika berkumpul di tapak perhimpunan. Kawasan perhimpunan yang sedia ada tidak berbumbung. Tumpuan pelajar tidak selesa dalam cuaca yang panas dan pelaksanaan aktiviti terganggu atau tidak dapat berjalan lansung apabila berlaku hujan. Aktiviti sekolah dapat dijalankan dengan lancar dan tidak tertangguh walaupun keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.


Sekiranya pihak tuan/puan ingin memberikan sumbangan kepada pihak sekolah untuk merealisasikan impian warga sekolah untuk membina sebuah Dewan Terbuka sekolah seperti gambar di atas, kami amat mengalu-alukan sumbangan dan tajaan Dato/Datin/Tuan/Puan untuk memberikan sumbangan ikhlas

Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi Pn. Rohani Binti Awalludin (Setiausaha PIBG SMK Ade Putra di talian 016-3776030 dan Tn Hj Md Yazed Bin Yatim (Pengetua SMK Ade Putra di talian 06-3841200/0122826507.

Pihak PIBG sekolah amat menghargai sumbangan/tajaan tuan dalam menghulurkan bantuan demi merealisasikan impian seluruh warga sekolah ini. Keprihatinan dan perhatian yang tuan berikan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan