Taklimat PIMA oleh Tuan Pengetua SMK Ade Putra,Tn Hj Md
Yazed Bin Yatim kepada murid-murid tingkatan 3 telah diadakan pada 9 November
bertempat Makmal Bahasa SMK Ade Putra
Apa itu PIMA ? Kementerian Pendidikan akan memperluaskan
program Perantisan Industri Menengah Atas (PIMA) bersama industri di semua
sekolah menengah harian bermula tahun depan.
Program yang menetapkan 70 peratus masa pembelajaran di
industri dan 30 peratus pengajian akademik di dalam kelas itu akan membabitkan
murid tingkatan empat dan lima sahaja.
PIMA yang bertujuan melengkapkan pelajar dengan kemahiran
vokasional selaras permintaan industri itu akan menumpukan kepada murid yang
terlibat dalam Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang kini berjumlah
26,099 orang.
Kriteria pemilihan sekolah untuk program itu ialah lokasi
sekolah mesti berhampiran dengan industri termasuk peratusan kehadiran pelajar
yang rendah ke kelas.
Bagi pemilihan murid, mereka mestilah pelajar tingkatan
empat dan lima, berisiko keciciran dan juga cenderung kepada program kemahiran
di mana pelajar yang menyertai PIMA berpeluang memiliki Sijil Kemahiran
Malaysia (SKM) selain Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Untuk pihak industri, kriteria yang ditetapkan mestilah
syarikat yang berupaya memberi kemahiran dalam industri ringan, mengutamakan
aspek keselamatan dan berhampiran dengan sekolah, katanya.
PIMA merupakan lanjutan daripada Sistem Latihan Dual
Nasional (SLDN) yang diperkenal kementerian pada 2012 tetapi ia menumpukan
kepada pelajar Kolej Vokasional.
Terbaik
BalasPadam