Majis Mohon Restu SPM 2017 telah dilaksanakan dengan tujuan
meningkatkan kesedaran dan pengetahuan murid tentang pentingnya SPM serta
impaknya kepada kemajuan kerjaya murid pada masa hadapan. Majlis ini juga
dilaksankan sebagai satu strategi membugar motivasi murid agar mereka sedar
bahawa mereka tidak bersendirian dalam menghadapi SPM. Sebaliknya doa dan Restu
dari guru dan ibu bapa sentiasa mengiringi mereka.
![]() |
Majlis ini juga diharapkan dapat
menyedarkan kepada murid bahawa kejayaan dan kecemerlangan mereka adalah
sesuatu yang menjadi keutamaan sekolah. Pada bahu mereka disandarkan segala
harapan daripada pihak sekolah dan ibu bapa, agar mereka dapat berusaha
bersungguh-sungguh kerana kejayaan yang diharapkan itu nanti merupakan hasil
yang mahu dituai. Semua calon SPM seumpama benih tanaman dan
harapan sekolah ialah agar benih yang ditanam bukan setakat subur tetapi
menghasilkan hasil yang berganda.
![]() |
Penyampaian alat tulis kepada calon² SPM oleh Tuan Pengetua |
SEMOGA BERJAYA
Tiada ulasan:
Catat Komen