.

Selamat Datang

SELAMAT DATANG KE BLOG SMK ADE PUTRA.... KUNJUNGAN ANDA KE BLOG INI SANGAT DIALU-ALUKAN....

27 Oktober 2017

Program Pasca Pt3 Bersama Panitia Pendidikan Islam

Segala puji bagi Allah yang melimpahkan kurnia dan nikmat-Nya yang memberi kita rezeki dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat kepada seluruh ummat manusia. Ilmu yang dilimpahkan kepada kita bukan hanya sekadar teori yang menjadi penyelamat pelajar dalam peperiksaan semata-mata, tetapi ia perlu dipraktikkan dan dimanfaatkan dalam kehidupan seharian. Alhamdulillah, atas kesedaran itulah maka Panitia Pendidikan Islam telah melaksanakan Program Amali Sembelihan pada 25 Oktober 2017 bersamaan hari Khamis. Diharapkan agar aktiviti ini dapat memberi pengalaman yang paling berharga buat para pelajar untuk dijadikan bekalan di masa akan datang

OBJEKTIF
1.Memberi pendedahan kepada para pelajar tentang cara-cara melakukan sembelihan yang betul.
2.Memberi peluang kepada para pelajar untuk mempraktikkan ilmu berkaitan dengan sembelihan yang telah dipelajari di dalam kelas.
3.Memberi pengalaman yang berguna kepada para pelajar bermula dari proses sembelihan sehingga proses memasak


Tiada ulasan:

Catat Ulasan