.

Selamat Datang

SELAMAT DATANG KE BLOG SMK ADE PUTRA.... KUNJUNGAN ANDA KE BLOG INI SANGAT DIALU-ALUKAN....

27 Oktober 2017

Kursus Pengurusan Jenazah

Pengurusan Jenazah adalah Fardu Kifayah dan wajib dipelajari dan diketahui oleh semua orang Islam . Perkara ini tidak hanya perlu diketahui oleh imam,bilal atau pegawai syarak tetapi adalah ilmu yang wajib dituntut oleh orang-orang yang beriman.
Telah menjadi tradisi dalam masyarakat kita apabila berlaku sesuatu kematian ianya diurus atau diserahkan kepada imam, nazir atau badan khairat kematian yang berkemahiran dan berkemampuan. Amalan ini perlu diperbetulkan semula mengikut lunas-lunas ajaran Islam yang sebenar.
Dengan kesedaran inilah Panitia Pendidikan Islam SMK Ade Putra mengambil inisiatif untuk mengadakan kursus ini bagi menerapkan semangat ingin tahu kepada ahli keluarga untuk mempelajari perihal berkaitan pengurusan jenazah dan kematian. Inilah hasrat yang cuba diketengahkan oleh kami supaya menjadi agen pengembang , membina wasilah seorang yang beriman lagi bertaqwa.
Kursus tersebut telah diadakan pada hari Khamis bersamaan 26 Oktober 2017 bertempat di Surau Al Rahmaniah SMK Ade Putra

Tiada ulasan:

Catat Ulasan