.

INFO TERKINI

Acara Akhir Sebelum Sukan akan diadakan pada 9 hingga 11 Mac 2020 bermula pukul 3 dan dijangka tamat pada pukul 4.30 petang. ** Kejohanan Balapan dan Padang SMK Ade Putra Kali ke-26 Akan Berlangsung Pada 12 Mac 2020 (KHAMIS) Bermula Jam 3.00 Petang

09 Oktober 2014

MAJLIS RESTU ILMU PT3 SMK ADE PUTRA 2014

Dalam usaha untuk memastikan kecemerlangan dalam bidang akademik pada tahap yang membanggakan, usaha murni para guru dalam mendidik anak-anak memang tidak dapat dinafikan. Hubungan guru murid memang tidak dapat dipisahkan dari awal persekolahan sepanjang waktu persekolahan. Pelbagai dugaan dan cabaran yang para guru hadapi sepanjang tempoh tersebut. Oleh yang demikian menjelang waktu terhampir PT3 yang akan berlangsung pada 13 hingga 15 Oktober 2014 ini, SMK Ade Putra mengambil inisiatif untuk menganjurkan Majlis Restu Ilmu. Majlis ini bertujuan untuk menghalalkan ilmu yang dicurahkan oleh para guru . Ini saat yang paling sesuai bagi murid untuk memohon maaf di atas segala kesalahan yang telah mereka lakukan. Dengan demikian Ilmu yang diberi oleh guru akan diberkati.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan