.

INFO TERKINI

Wabak coronavirus COVID-19 Wuhan, Malaysia Partial Lockdown 18 Mac 2020. ** PKP dijangka ditamatkan pada 28 Apr, 2020.

11 Julai 2014

HARI DISKUSI BESTARI SMK ADE PUTRA



















Hari Diskusi Bestari ini telah di adakan pada 11 Julai 2014. Program Hari Diskusi Bestari merupakan program di bawah bidang akademik. Program ini merupakan program tahunan yang di adakan sebanyak dua kali setahun iaitu Program Hari Diskusi Bestari Siri 1 yang dijalankan pada bulan Julai iaitu selepas Peperiksaan Pertengahan Tahun. Manakala Hari Diskusi diadakan pada bulan November iaitu selepas Peperiksaan Akhir Tahun. Semua warga sekolah iaitu pentadbir, guru dan murid terlibat dalam program ini. Pada hari tersebut, ibu bapa / penjaga murid akan datang ke sekolah untuk bertemu dengan guru kelas bagi mendapatkan Buku Laporan Kemajuan Akademik anak mereka. Ibu bapa / penjaga juga diberi peluang untuk berbincang dengan guru kelas berkenaan prestasi akademik dan disiplin anak mereka.

Tiada ulasan:

Catat Komen