.

INFO TERKINI

Wabak coronavirus COVID-19 Wuhan, Malaysia Partial Lockdown 18 Mac 2020. ** PKP dijangka ditamatkan pada 28 Apr, 2020.

16 April 2014

KEM JATI DIRI UNIT BERUNIFORM SMK ADE PUTRA BERSAMA JPAM MELAKA














Program ini telah dijalankan selama 3 hari 2 malam di Jabatan Pertahanan Awam Melaka, Ayer Keroh pada 11 hingga 13 April 2012. Seramai 82 murid yang terdiri daripada unit beruniform Pengakap, Bulan Sabit Merah, Puteri Islam, KRS, Kadet Pertahanan Awam dan Kadet Polis telah menghantar wakil masing-masing bagi menyertai kem ini. Kerjasama daripada pihak JPAM Melaka telah dapat menyuntik semangat motivasi kepada murid-murid ini. Tujuan utama kem ini diadakan adalah bagi memupuk semangat setiakawan, kepimpinan, keyakinan dan disiplin diri murid. Selain itu, untuk mempertingkat tahap kecergasan dan kecerdasan murid serta dapat menyemai sikap amanah dalam setiap tanggungjawab yang diberi. Selanjutnya, murid juga dapat mengamalkan nilai murni dalam perhubungan antara ibu bapa, rakan dan masyarakat.

Tiada ulasan:

Catat Komen